Wednesday 12 October 2011

Warisan







Permainan dan tradisi orang melayu mmg banyak.....sebagai hobi masa lapang atau minat terpulang pada bawakan tersendiri. Namun ianya telah menjadi warisan kepada generasi seterusnya, ada yang masih di teruskan kesinambungannya dan ada yang telah hampir di lupakan
     Antaranya aktiviti menjebak puyuh hutan, ada di antara generasi muda kini yang tidak mengenal jebak puyuh dan permainan puyuh......Pada pandangan sya seni permainan puyuh itu sangat "halus",Jebaknya yang dihiasi dengan ukiran yang cantik dan anyaman kelarai yang berbagai corak. Permainannya yang penuh dengan mistik...ada yang benar dan ada yang setengahnya digembar gemburkan oleh sesetengah pihak tanpa asas dan bukti nyata.
      Misteri pada puyuh itu sendiri yangmana dikatakan boleh bertukar jantina mengikut kesesuaian dengan tuannya dan penjagaannya.....wallahualam,allah yang lebih mengetahui, Walau bagaimanapun wajib kita berpegang dengan tali Allah dan semuanya hanyalah dugaan syaitan untuk menyesatkan manusia.















Sentuang @ Pendekut Punai


Yang ni lagi lama...aku ingat x ramai yang penah tengok benda ni....pendekut punai ni di tiup untuk memanggil punai. Setelah dibuat jerumun untuk bersembunyi dan laman dibuat,setelah siap dengan "Nambo Thaza"nya maka pendekut ni ditiup.
       Memang kurang sangat orang main punai dekut ni mgkin kerana punai tu sendiri dah kurang atau x tau lagi dah cara nak main sebab tadak org nak tunjuk ajar.