Sunday 20 February 2011

Perangai dan Hati

       Dalam kehidupan mcm2 orang yang kta jumpa,ada yg suka mengampu,mengejek,memperlekehkan org lain dan menjatuhkan kawan
Setengah org sanggup buat apa saja untuk naikkan pucuk sendiri tanpa mempedulikan org lain walaupn terpaksa pijak orang smpi tnggelam janji kita timbul..........
       Aku rasa kadang2 kta kena pikir jugak,renung diri sendiri.......terbaikkah aku?sempurnakah aku?betulkah apa yang aku buat?
Dalam bergurau kadang-kadang ada yang terasa,perlulah di pikir tempat dan jenis orangnya.yang penting jangan cuba bergurau kalau telinga sendiri yang nipis.Membuka malu dan kesilapan org lain bukanlah cara terbaik mendapat nama.....kalau kerbau sudah sekandang lumpur seekor terpalit semua,jadi x perlulah kta gembar-gemburkan.
Sikap bermegah dengan diri mengaku pandai serba-serbi....arif segenap hal. Pada aku resmi padi contoh terbaik kerana kaduk yang cuba naik junjung akhirnya melata di tanah jua. Orang berilmu lebih byk diam,hanya bercakap perkara ringan2 saja kerana mempamerkan kebolehan diri perlulah bertempat.
        Sekadar insafi diri......mintak dijauhkan dari tersemat mazmumah itu dari hati dan diri ini.....wallahua'lam

Saturday 19 February 2011

Penyeri Hutan MURAI BATU



Paksu Jan.....Beri Tokman.....PakDet.....Kassim....Min
      Antara nama-nama yang banyak memberi tunjuk ajar dan memperkenalkan aku dengan si Ekor Panjang berdada merah ini. MB pertama aku beli dekat Min harga dengan Rm200,ekoq dlm 7 1/2  punya la seronok x terkata kerana aku dah lama dok tengok orang2 lama...,mad bit puyuh,pak det...dok melelh ayaq lioq ja.faktor kewangan dan juga aku belajaq lagi masa tu
Burung kedua aku beli dari Pakdet Rm250 tanpa diskaun burung ketiga aku dapat diskaun,Rm 200 ja.Aku pn x komplain byk sbb bkan senang nak pnjat Wang Perah ambik anak berintik,balik bela smpai meluruh lepaih tu baru juai.
     Masa tu aku zero knowledge pasai MB.....Otai lama,Paksu jan yang banyak mengajaq aku...Beri Tokman dan Min jadi penasihat,masa tu aku rajin dok p sembang ngan Pakdet kt umah dia.....banyak jugak ilmu perburungan yang aku dapat beserta rahsia2 penjagaan MB ni.....
Setelah aku pelihara MB aku turut minat dengan Merbah jambul.....nti aku cerita lebih lanjut pasai jambul plak.MB ni pada aku sgt memerlukan penjagaan yang rapi mandi,jemur,penyakit,makanan dan mcm2 lagi....yang aku maksudkan adalah bela untuk lawan klu stakat bela untuk bagi hidup senang ja,bagi dedak ayaq cukup dia idup la tapi sakit mata la tgok.
      Kassim kandis.....Paksu jan....PakDet antara yang pakar dalam penjagaan ni.Ada antara kaki MB yang buat sendiri dedak MB dengan ramuan rahsia masing2 tapi rata2 la ni semua bagi makan dedak ikan keli.Pada pendapat aku dedak keli ni ada baik dan kurangnya...dedak keli diakui tinggi protein dan lemak dimana MB yang makan akan sihat dan gemuk tp kena ingat ikan keli tadak ekoq,banyak saya peratikan MB yang makan dedak keli ekoq mudah rosak,x kemas x sedap tengok. Seingat aku masa aku main MB dulu pakai dedak yang dibuat sendiri ekoq burung x berapa serabut sgt......Untuk sihat dan form MB perlukan Protein,Karbohidrat,kalsium,vitamin,lemak etc selebihnya terletak pada penjagaan kita.
Aku setuju jagk klu MB makan dedak keli tapi perlu diberi juga 'suppliment' lain untuk seimbangkan keperluan badan MB agar tidak berlaku perkara yang ditakuti.....MB tarik dalam sangkar lalu mati. Mengikut seorang pakar MB yang disegani di Indonesia, hal ini berlaku kerana kurang vitamin dan zat besi dimana beliau sndiri pernah mengalaminya dan berjaya diatasi.
        Walaubagaimanapun,untuk pemilik MB sayugia diingtkn bahawa bla kta mbela burung jgnlah sekadar meniru atau kerana mengikut kawan atau suka2 kerana keadaan itu akan akan berakhir dengan MB yang akan "Baham Tungap".....klu rasa x bleh nk bg perhatian elok dijual kepada yang lebih arif atau yang minat atau yang terbaik dilepaskan saja.....Bukan memandai tp mengingatkan.
Pakat Pikiaq Sendiri


KRITERIA

Rata-rata penggemar Murai Batu akan memilih burung yang berekor panjang 7 1/2 inci ke atas....sesetengahnya kurang peduli tentang panjang ekor cuma mahukan burung yang rajin berbunyi tapi depa sedar atau tidak bahawa MB yang telah lama dibela di rumah akan hilang lagu asal atau disebut juga lagu hutan yang mana amat sedap didengar.MB adalah copier yang sgt baik,aku prnah dengar MB berbunyi merbok,terkukur dan merbah jambul kesimpulannya klu bela setakat nak dengar bunyi baik bukak youtube ja,x pyah bg makan bg mandi p byar bil ja.
         Bg aku MB perlulah ekor panjang lembut,lentik ke bawah klu dpt 7 1/2 inci ke 8 inci pun ok dah,klu dapat 9 ke 10 inci kira bonus la....burung kena rajin petik atau main ekoq,ekoq halus rapat.
Gaya cantik......pacak badan smbil main atas anggar,rajin bunyi, sora lepaih, tadak cacat anggota
    Tapi dengan keadaan skrang susah nk dapat yang mcm tu sbb burung dah kurang sgt,yg aku lg pelik ramai sgt plak yang dok gla MB la ni.......anak berintik ka,bapak tua ka semua depa sapu.Yang paling aku cerin bla betina pun depa angkut,bukan main ayam sabung....ayam sabung bleh la anak turun ibu........ hadui la.X kah kta trpikir satu hari nti kta akan mengalami kepupusan mutlak,taik pun payah nak tgk.Mgkin masa tu kta pakat main mengala kerbau plak.
MB yang paling aku meluat tengok bla burung tu ekoq tbelah mcm ekoq ikan kembung,suka tunduk badan,ekor keras melengkung keatas,segan mandi,ekor papan paling x guna bla jd mcm batu.Burung mcm ni elok lepaih,perabih dedak.

SANGKAR NAGA






Sangkar yang menjadi kegilaan peminat MURAI BATU. Rata-rata penggemar murai batu lebih cenderung membeli sangkar dari china untuk membela murai batu.....ini disebabkan bentuk dan material sangkar tersebut yang di perbuat dari buluh yang mana akan mengurangkan kecederaan pada MB.
         Bentuk yang bulat dan ukuran besar,kebiasaannya saiz yang di guna pakai sekitar 21 hingga 23 inci sangat sesuai untuk MB kerana ekornya yang panjang tidak akan rosak.
Namun kini terdapat sangkar yang sama rekabentuk dari Vietnam cuma corak yang berlainan,kualiti?...........sakit mata.....punya la teruk.
Sangkar Naga juga adalah buatan tangan dari China,sejak mula mengenali MB dan sahabat2 yang menggilai MB ini,sangkar naga sering menjadi pujian dan idaman semua termasuk saya sendiri.